Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PRESS RELEASE

18.5.2017_PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN TANDAS AWAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SIARAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN TANDAS AWAM

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  1. Satu Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan Tandas Awam telahpun diadakan pada 18hb Mei 2017 di empat (4) lokasi Tandas Awam iaitu di Muzium Maritim Brunei Darussalam; Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei; Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Restoran Kaizen Sushi (Waterfront) yang mendapat permarkahan tertinggi Gred A.  Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil berkenaan ialah Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan), Kementerian Sumber- Sumber Utama dan Pelancongan. 
     
  2. Program Pengauditan dan Pemeriksaan Tandas Awam ini adalah satu inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei Darussalam (BTB) dengan sokongan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan serta kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan.  Kerja-kerja pengauditan telah dilaksanakan bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan April, 2017 dimana sebanyak 65 lokasi tandas awam di ke empat-empat Daerah telah dibuat pemeriksaan yang mana meliputi 28 buah restoran, 11 pusat membeli-belah, 21 tempat-tempat yang menarik dan sering dikunjungi pelancong serta semua pos kawalan masuk ke negara ini.
     
  3. Skop kerja pengauditan yang dinilai adalah berdasarkan kepada empat (4) kategori utama iaitu Design and Environmental Management System; Amenities and Facilities; Cleanliness dan Safety dan ini selaras dengan kriteria-kriteria yang digariskan dalam ASEAN Public Toilet Standard.  Dalam pada itu, semua pengurusan adalah dikehendaki memastikan setiap tandas awam yang disediakan adalah dalam keadaan bersih, selamat dan selesa.  Selain itu, pengurusan tandas awam tersebut juga perlu mengamalkan pengurusan air dan pelupusan sisa yang betul serta memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian disamping menyediakan tenaga kerja yang khusus untuk mengendalikan tandas berkenaan.
  1. Hasil daripada pengauditan yang dibuat terhadap 65 lokasi tandas awam tersebut, sebanyak 11 tandas awam telahpun mendapat Gred A, 14 tandas awam mendapat Gred B dan selebihnya dikategorikan Gred C dan Gred D.  Antara tandas awam yang mendapat Gred A ialah tandas-tandas bagi Restoran Kaizen Sushi (Waterfront); Restoran Tasek Brasserie, Radisson Hotel; Restoran Horizon Port View; Muzium Maritime; Muzium Teknologi Melayu; Restoran Tarindak d'seni, Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei; Oil and Gas Discovery Centre (OGDC) di Daerah Belait; dan Taman Warisan Tasek Merimbun di Daerah Tutong.  Senarai pencapaian bagi semua tandas awam yang telah dibuat pengauditan boleh didapati melalui laman sesawang Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan di www.tourism.gov.bn
  1. Program Pengauditan dan Pemeriksaan Tandas-Tandas Awam ini akan dilaksanakan secara berterusan dan berperingkat-peringkat dimana melalui usaha ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran semua pihak akan kepentingan terhadap kebersihan tandas awam dan memastikan semua penyelenggaran dan pengurusan seluruh tandas awam di negara ini mengikut piawaian yang ditetapkan.  Selain itu ianya juga merupakan persediaan awal negara ini bagi mengikuti Anugerah ASEAN Public Toilet Standard Award yang akan berlangsung semasa ASEAN Tourism Forum 2019 nanti.

Senarai Tandas Awam Gred A.jpg



18527022_1591154064252371_2362954238447490800_o.jpg



18581820_1591152934252484_6570401901762225760_n.jpg


18519643_1591152780919166_8652203186908575468_n.jpg



18451528_1591153134252464_6433135631309709870_o.jpg

18518339_1591151897585921_4251323393906746071_o.jpg


18557298_1591151670919277_8359873151570044072_n.jpg


18518182_1591152967585814_7474908853648439287_o.jpg


Attachments